Wednesday, April 16, 2014

Detik Akhir Praktikum

assalamualaikum

alhamdulillah akhirnya praktikum saya telah menghampiri hari-hari terakhir

masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua kenangan perih jerih suka duka dalam menjalani detik-detik praktikum yang sangat mencabar

alhamdulillah dengan pertolongan dari Allah saya dapat melaksanakan segala tuntutan sepanjang praktikum ini, dan semoga segala pengalaman yang ditimba ini dapat membantu saya dalam mempersiapkan diri ke arah menjadi seorang pendidik yang berdedikasi.inshaAllah.


time to say good bye to my practicum life :)

Tuesday, April 1, 2014

Ujian Kifarah Dosa


mode saya sekarang??? 

 rujuk gambar kat atas ni.. 

 bukan saya yang sakit tapi puteri kesayangan saya nawwal sakinah

 buat julung kalinya nawwal ditimpa demam setelah hampir enam bulan dia dilahirkan 

 mungkin nawwal terkejut lepas kami kemalangan pada jam 1 pagi di kemaman ahad lalu..waktu tu kami dalam perjalanan untuk kembali ke kuantan. 

alhamdulillah kami semua selamat..cuma kereta sahaja yang "cedera" ringan. 

 ujian selepas ujian...

sememangnya hidup ini medan untuk kita ditarbiyyah..

Allah mentarbiyyah kita melalui ujian dan nikmatnya yang bersilih ganti.. 

 sabar dengan ujian, redha dengan kehidupan..


abi dan ummi sayang nawwal...semoga nawwal cepat sembuh...

sahabat2..mohon doakan anakanda kami semoga kembali sihat...Allahu yashfiha...inshaAllah..

Monday, March 24, 2014

Selamat Berinteraksi

Ini adalah interaksi kali keempat sepanjang saya bergelar pelajar DPLI-SR j-QAF (KDC MODE). Pada interaksi kali ini saya telah belajar cara-cara untuk membina sebuah blog bagi matapelajaran Teknologi Pengajaran (TPK20102W). Saya dan rakan-rakan telah dibimbing oleh pensyarah yang kami hormati iaitu Puan Rozlina bt Abd Aziz.

Semoga pembinaan blog ini memberi kebaikan kepada diri saya sendiri serta pengunjung-pengunjung blog yang bertandang.

akhir kalam, saya ingin mengucapkan....




....semoga Allah memberkati diriku dan kalian....